Sunday, November 15, 2009

1MELAYU

Saya seorang ahli umno yang agak neutral dalam sebarang isu mengenai hal2 yang berkaitan sesama melayu..kerana saya fikir adalah apa yang lebih penting ialah menjana 1MELAYU, dan bukannya 1malaysia... saya lebih suka melihat semua orang melayu bersatu..kerana ianya adalah suatu fundalmental yang paling penting untuk menjadikan suatu bangsa itu kuat dan dihormati. Ianya penting kerana kita tentunya tidak mahu menjadi bangsa yang lemah dan tidak mempunyai kuasa dan suara dalam menjaga hak-hak kita dalam semua aspek kehidupan baik dari segi sosial,budaya,ekonomi dan yang paling penting ialah agama.

Dalam membina bangsa yang kuat,dua elemen penting iaitu ekonomi dan politik perlu diberi perhatian yang maksima.Bila melayu dapat menguasai ekonomi dan politik dalam ertikata yang sebenar,barulah bangsa melayu dapat berdiri dengan lebih gagah dan cemerlang dalam semua aspek dalam negara.Semua itu dapat direalisasikan bila semua melayu berkerjasama,tolong menolong sesama melayu dan yang paling penting bijak berpolitik..demi agama dan bangsa.

Ini adalah juga kerana apabila 1MELAYU dapat dibina,barulah jika benar hasrat kerajaan untuk melihat 1malaysia itu dapat direalisasikan.Sebabnya ialah apabila bangsa lain melihat orang-orang melayu tidak bersatu..sering berbalah dalam banyak aspek..dan lebih buruk lagi dalam soal politik, mereka tidak merasakan ianya(1malaysia) penting bagi kepentingan mereka.Tapi apabila mereka melihat orang melayu telah bersatu dan kuat,barulah mereka berhati-hati dan mulai menjaga hati dan perasaan orang melayu dan juga menghormati hak-hak orang melayu.

Dan dengan ini negara dapat membentuk suatu '1malaysia' dengan perpaduan dalam negara yang harmoni dan makmur. 1MELAYU dapat mencerminkan ketuanan melayu yang jelas dan juga membina bangsa yang cemerlang dalam era globalisasi masakini.

Dalam situasi politik semasa negara, melayu perlu menggunakan nilai undi mereka dalam menentu dan membentuk kuasa dan suara politik. Ini semua penting bagi menguasai langskap sosial masyarakat dan membentuk suatu kehidupan masyarakat melayu yang sihat sosial,moden,berpendidikan tinggi,berintegriti dan juga berkuasa tanpa memerlukan sokongan pihak lain.

Keadaan melayu pada hari ini mencerminkan generasi akan datang, jika orang melayu lemah hari ini, bagaimana pula generasi pada masa depan?...
Oleh itu binalah melayu pada hari ini agar generasi melayu di masa depan menjadi generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 1MELAYU.

Sunday, May 11, 2008

salam

salam.. dan selamat datang ke ruangan blog saya. Ini adalah blog saya yang pertama kali saya bina dan di harap ianya dapat saya gunakan berkomunikasi dengan sesiapa sahaja bagi menjana minda komunikasi dan membina komunikasi sosial yang luas yang mana ianya mungkin dapat membentuk suatu paradigma bagi membina integriti diri yang cemerlang.